Menyambut Ketibaan Datuk Seri Shafie Apdal Bersama Para Penyokong Parti Warisan Sabah

Lokasi: Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Tengahari tadi saya berkesempatan bersama-sama para penyokong Parti Warisan Sabah menyambut ketibaan Datuk Seri Shafie Apdal dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kemelut politik terbaru dengan keluarnya seorang lagi wakil rakyat dari Warisan pada hari ini adalah satu dugaan besar kepada perjuangan parti.

Seperti pesanan Presiden, parti ini bukan milik beliau tetapi milik kepada anak-anak Sabah yang menuntut hak demi perubahan pendidikan dan pembangunan sewajarnya. InsyaAllah, selagi perjuangan ini berada di landasan yang benar, saya akan tetap bersama perjuangan parti membina Sabah tanah air kita.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.