Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Beraya Dan Dengar Aduan Rakyat

Petang tadi saya menerima jemputan En. Abdul Rahman, Pengerusi KRT Ria Height.

Sambil beraya, sempat dengar sendiri aduan warga.

Isu laluan Lorong 20 Fasa B yang kurang diselenggara, rumput tidak dipotong, serta gangguan monyet liar yang semakin membimbangkan hingga merosakkan harta benda.

Perkara ini bukan baru, malah sudah dilaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar, namun masih belum selesai.

Saya akan kenal pasti konsesi terlibat di bawah Majlis Perbandaran Tawau dan dapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan.

Kita cari jalan terbaik supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Aduan rakyat, kita ambil serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.