
Hari ini kita memperingati Hari Polis ke-219, satu simbol penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia yang sentiasa berdiri di barisan hadapan demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
Pengorbanan dan komitmen anggota polis amat besar nilainya, bukan sahaja dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, tetapi juga dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.
Di sebalik uniform itu, ada keluarga yang turut berkorban, ada masa yang ditinggalkan, dan ada tanggungjawab besar yang dipikul demi memastikan kita semua dapat hidup dengan aman dan selamat.
Semoga seluruh warga PDRM terus diberikan kekuatan, kesihatan dan perlindungan dalam setiap amanah yang dilaksanakan.
Selamat Hari Polis ke-219. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan.