Berbuka Puasa Di Masjid Al-Falah Kg Sentosa Blok 5

Saya dan team pejabat ADUN Kukusan berpeluang berbuka puasa bersama dengan ahli qari dan qariah Masjid Al-Falah Kg Sentosa Blok 5.

Sebelum waktu sungkai, saya menyampaikan sedikit perkongsian mengenai status permohonan Kg Sentosa untuk di gazette sebagai perkampungan rasmi.

Dalam persidangan DUNS baru-baru ini Ketua Menteri telah menjawab perbahasan usul saya dengan memberikan jawapan “belum lagi” akan status kampung-kampung ini yang dicadangkan dalam pembangunan ‘smart city’. Meski ini bukanlah jawapan yang diharapkan, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan status isu yang dituntut oleh penduduk Kg Sentosa.

Pejabat ADUN Kukusan turut menyantuni 30 orang anak-anak dari kampung sekitar dengan pemberian duit raya. Setelah berbuka kami mengerjakan tarawih dan witir bersama.

Saya juga dapat berkenalan dengan teman-teman lama ibu saya sewaktu beliau menetap di Kg Indah dulu. Terima kasih saudara Remo dan jawatankuasa masjid yang telah mengatur program ini dengan jayanya.

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman bermakna buat saya di Ramadan 2022.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.