Singgah Iftar Dan Moreh Di Masjid Amal Maaruf Kg Sentosa Blok 4

SEKITAR ziarah ramadhan iaitu singgah iftar dan moreh di Masjid Amal Maaruf Kg Sentosa Blok 4 isnin yang lepas.

Seramai 10 golongan asnaf terdiri daripada ibu tunggal,warga emas dan golongan yang memerlukan mendapat bantuan bakul makanan. Manakala, sumbangan RM1000 telah disumbangkan kepada Masjid Amal Maaruf bagi kegunaan aktiviti keagamaan sepanjang bulan ramadhan.Saya juga sempat memberikan duit raya kepada adik-adik yang turut serta memeriahkan program singgah iftar dan moreh.

Terima kasih kepada jemaah Masjid Amal Maaruf Kg Sentosa Blok 4 yang menyambut saya dan rombongan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.