


Saya hadir mewakili YB Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ke Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Penstabilan Harga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mesyuarat ini membincangkan pembentukan jawatankuasa ahli TWG sebagai langkah penyelarasan yang lebih tersusun dalam usaha penstabilan harga di peringkat negeri.
Fokus utama adalah memastikan harga barangan keperluan harian seperti telur, ayam dan daging kekal stabil, mudah diperoleh dan tidak membebankan kehidupan seharian rakyat.