



Hari ini, kami memilih untuk berkongsi rezeki dengan insan yang setiap hari berada di jalan raya mencari nafkah. Pemandu bas, pemandu teksi dan mereka yang tidak pernah kenal erti penat demi membawa pulang rezeki buat keluarga.
Alhamdulillah, sempena Jumaat Berkah dan Hari Asyura, saya mewakilkan kakitangan UPPM N.70 Kukusan NGO KERJA dan SWAH menyampaikan 200 tapau makanan kepada masyarakat di kawasan Stesen Bas Bandar Tawau.
Mungkin nilainya tidak seberapa, tapi mudah-mudahan menjadi tanda bahawa pengorbanan mereka dihargai.
Semoga Allah SWT meluaskan rezeki, mengurniakan kesihatan, mempermudahkan setiap urusan, dan memberkati setiap titik peluh yang mereka cari.
Selagi ada peluang untuk berkongsi, selagi itu kita terus memberi. Semoga keberkatan Hari Asyura ini menjadi asbab Allah melimpahkan rahmat buat kita semua.