Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Sabah Sihat 2.0: Membudayakan Gaya Hidup Sihat, Memperkasa Kesejahteraan Rakyat

Pagi ini saya menghadiri Program Sabah Sihat 2.0 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Program ini menjadi platform terbaik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, amalan gaya hidup sihat serta pencegahan penyakit demi melahirkan komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Turut memeriahkan program ialah pelbagai pameran dan perkhidmatan daripada agensi kerajaan, NGO serta rakan strategik seperti LPPKN, Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sabah, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Sabah Society for the Deaf dan Cheshire Home. Selain itu, Jualan Rahmah serta Wellness on Wheels (WOW) turut menjadi tarikan kepada pengunjung dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan dan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Insya-Allah, usaha membudayakan gaya hidup sihat ini akan diteruskan menerusi penganjuran Sabah Sihat 3.0 yang dijadualkan berlangsung di Tawau pada bulan November nanti.

Semoga lebih ramai masyarakat mengambil peluang untuk turut serta dalam menjayakan agenda kesihatan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus memberi manfaat kepada rakyat dan menyumbang ke arah melahirkan masyarakat Sabah yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.