Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Keprihatinan Tidak Mengenal Jarak

Sebelum menghadiri Program Pemantapan Fardu Ain di Rest House Kalabakan, saya sempat menyantuni dua keluarga mualaf yang tidak dapat hadir ke program disebabkan kekangan tertentu.

Kunjungan pertama saya lakukan di Sungai Mangga, menemui saudari Nurul Syafika binti Salaman. Kemudian saya ke Kampung Tuda, menyantuni saudari Carl Cynthia Manlison @ Aisyah Abdullah.

Kedua-duanya merupakan saudara baru yang sedang meniti kehidupan dalam suasana serba kekurangan, namun tetap cekal memperkukuh pegangan sebagai seorang Muslim.

Sebagai pemimpin, saya percaya usaha menyantuni golongan mualaf harus melangkaui program rasmi kita perlu hadir bersama mereka, di tempat mereka, memahami cabaran sebenar yang dihadapi.

InsyaAllah, bantuan dan bimbingan berterusan akan diusahakan agar tiada yang rasa terpinggir dalam menunaikan hak sebagai saudara seIslam.

InsyaAllah, saya akan usahakan bantuan yang sewajarnya. Kukusan tetap peduli, walau sejauh mana pun rakyat berada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.