Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Membimbing dan Membina

Kita tidak mahu hanya ‘menerima’, tetapi kita mahu ‘membimbing dan membina’ mereka.

Alhamdulillah, saya menyokong penuh usaha murni Persatuan Mualaf Tawau, dengan kerjasama JHEINS dan IPG Tawau, dalam menganjurkan Program Pemantapan Fardu Ain khas buat saudara-saudara baru kita di kawasan pedalalam.

Program ini bukan sekadar kelas ilmu, tetapi satu bentuk kasih sayang dan bimbingan berterusan agar mereka tidak rasa terpinggir, malah terus yakin melangkah sebagai Muslim yang berilmu dan beramal.

Usaha seperti ini sangat selari apa yang saya utarakan dalam DUN sebelum ini, iaitu keperluan mewujudkan pusat pembangunan mualaf di kawasan pedalaman Sabah. Saudara baru kita perlu sokongan dari semua sudut spiritual, sosial, dan ekonomi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga usaha ini diperkasa lagi di masa akan datang.

“Islam itu cahaya. Jangan biarkan saudara baru kita berjalan dalam gelap.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.