



19/01/2025 (Isnin)
Paip pecah di kawasan Masjid Raya sebelum Sekolah Bandar hingga air bertakung sampai ke tanah perkuburan.
Aduan terus dimaklumkan oleh pihak UPPM N.70 Kukusan kepada Jabatan Air, dan tidak lama selepas itu pihak Jabatan Air terus turun ke lokasi untuk bantu selesaikan masalah ini.
20/01/2025 (Selasa)
Alhamdulillah, proses pembaikan paip pecah telah selesai dilaksanakan. Mudah-mudahan bekalan air kembali pulih dan urusan harian penduduk berjalan seperti biasa.
Terima kasih kepada Jabatan Air Tawau dan kakitangan UPPM N.70 Kukusan atas tindakan pantas ini Demi Kukusan Kita Sejahtera.
KAMU ADU KAMI BANTU