Majlis Aqiqah Ayla Arpa Di Kg Tanjung Batu Darat

TERIMA kasih kerana mengundang saya dan team Pejabat ADUN N70 Kukusan ke majlis aqiqah bayi comel Ayla Arpa.

Semoga membesar menjadi anak yang baik, cantik dan berjaya dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan semua, ibu Ayla ini adalah sepupu saya sendiri. Dia juga adalah salah seorang yang mendapatkan perkhidmatan refleksologi saya ketika bersalin anak sulung beberapa tahun lalu dan Ayla ini anak ketiga mereka.

Memang saya mengikuti kursus terapi dengan agensi kerajaan sehingga memiliki sijil tahap tiga biarpun ketika itu sudah memiliki segulung ijazah.

Memang saya menyediakan perkhidmatan terapi urutan termasuk kepada ibu selepas bersalin dan sebahagian besar pelanggan saya terdiri daripada sepupu dan ahli keluarga sendiri. Namun, perkhidmatan secara persendirian bukanlah sampai buka ‘kedai urut’ seperti yang sengaja ditularkan oleh puak sebelah sana.

Biasalah politikkan, santailah.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.