Majlis Bacaan Yasin Dan Penyerahan Kanopi Kepada Surau Al-Ikhlas

ALHAMDULILLAH selesai Majlis Bacaan Yassin bersama masyarakat Kg Rezeki Jambatan Tengku Osman di Surau Al-Ikhlas malam tadi.

Aktiviti keagamaan seperti ini merupakan acara malam jumaat yang sering diadakan di Surau Al-Ikhlas ini bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penduduk kampung.

Sebelum ini, saya telah menyumbangkan satu unit “aircond” bagi keselesaan penduduk untuk solat berjemaah. Malam tadi,saya juga memberikan sumbangan kanopi bersaiz 20×20 dan 25 buah kerusi bernilai Rm3000 dan satu lagi unit “aircond” bagi diwakafkan kepada Surau Al-Ikhlas untuk kegunaan masyarakat Kg Rejeki Jambatan Tengku Osman.

Terima kasih kepada penduduk Kg Rejeki Jambatan Tengku Osman yang mengalu-alukan kedatangan saya bersama team, dan juga menyediakan hidangan istimewa iaitu “ayam palekok” kepada kami.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.