Majlis Iftar Jamaie

MENERIMA jemputan ke Majlis Iftar Jamaie anjuran Persatuan Muslimah Tijarah 2024 (PERMATA TIJARAH) di Dewan Tawau Car Park, kemarin petang.

Program ini merupakan majlis berbuka puasa sekaligus santunan kasih kepada 100 anak yatim dan asnaf daripada seluruh tawau dan kalabakan.

Turut hadir jemputan khas Dr Robiah K Hamzah, Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga. Saya sempat mendengar separuh dari pengisian beliau iaitu “ buatlah sesuatu kerana Allah, pasti perbuatan dan tindakan yang kita ambil seiring dengan redha Allah SWT”. Terima kasih Dr atas perkongsian ilmu kemarin. Walaupun singkat masanya namun pengisiannya amatlah padat.

Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa Permata Tijarah atas undangan merasmikan program ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.