4000 Tapau Bubur Lambuk

ALHAMDULILLAH berlabuh sudah Majlis Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Anjuran Dun N70 Kukusan kerjasama bersama UPPM N.70 Kukusan, ADABI, Masjid Babus Saadah Kg Muhibbah Raya, KRT Sekitar Kukusan & Masjid Sekitar Kukusan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sebanyak 4000 tapau telah di agihkan termasuk agensi jabatan kerajaan seperti Hospital Besar Tawau dan Balai Polis Tawau juga di sekitar kukusan melalui KRT, Masjid di kawasan masing-masing dan di bulatan Taman Univilla dan bulatan Taman Hill Top petang kemarin.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada Kolej Komuniti Tawau dan Kolej Vokasional Tawau atas sumbangan tenaga pelajar yang turut membantu program ini dari pagi sehingga berbuka puasa. Selain itu, pihak Petronas Dagangan Berhad yang telah memberikan sumbangan 10 tong gas, pihak NGO dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.

Akhir sekali buat RJ team, Wanita Kukusan GRS, Beliawanis Kukusan, Belia Kukusan , Team Adabi atas kerja keras bertungkus lumus menjayakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Dun Kukusan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.