Majlis Iftar Peringkat DUN Kukusan

AHAD lepas, setelah Program Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk saya juga telah mengadakan Majlis Iftar Peringkat Dun Kukusan di Masjid Babus Saadah Kg Muhibbah Raya.

Seramai 100 anak yatim dan 50 golongan asnaf yang terdiri dari ibu tunggal dan OKU menerima bantuan tunai dan bakul makanan.

Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Negeri Sabah atas sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada golongan sasar ini.

Saya juga turut memberikan sumbangan tunai kepada golongan sasar dan juga duit raya kepada adik-adik yang datang di Majlis Iftar Peringkat Dun Kukusan.

Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Tawau dan Masjid Babus Saadah atas anjuran bersama bagi menjayakan program kali ini.

Turut hadir PPM kawasan Kalabakan dan Tawau, Wanita GRS, Pengerusi KRT Sekitar Kukusan , Pengerusi Masjid Sekitar Kukusan , barisan NGO, dan warga kukusan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.