Makan Malam Penutup Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Daerah Tawau

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Malam tadi saya berkesempatan memenuhi undangan jamuan makan malam penutup Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Daerah Tawau anjuran BCM Edu Consultant dengan kerjasama Tadika Bakat Cilik Madani, Tadika Intelek Genius, Tadika Sinar Addeen dan Tadika Bijak Bistari di dewan mini, LA Hotel Tawau.

Keletihan sepanjang perjalanan pulang dari Kuala Lumpur saya ketepikan kerana pendidikan awal kanak-kanak jauh lebih bernilai kerana ia membabitkan masa depan anak-anak kita.

Saya melihat program sebegini penting dalam memberi pendedahan kepada guru-guru tadika swasta di Tawau ini terhadap pengurusan dan pendekatan kepada pendidikan awal kanak-kanak khususnya berdepan pandemik COVID-19.

Tahniah saya ucapkan atas penganjuran program ini. Semoga 40 orang guru-guru tadika yang telah menyertai seminar ini mendapat manfaat untuk berkreativiti dan berinovasi dalam mendidik.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.