Majlis Makan Malam Silaturrahim 2024

MAJLIS MAKAN MALAM SILATURRAHIM BERSAMA ADUN N70 KUKUSAN, AHLI PARLIMEN P191 KALABAKAN, PPD, GURU BESAR, PENGETUA DAN YDP PIBG SEKITAR KUKUSAN

MAJLIS makan malam ini dapat menjalinkan hubungan yang erat diantara pemimpin setempat dan pendidik agar dapat bekerjasama dalam mengembangkan pendidikan, dan pembangunan fasiliti sekolah. Ini dapat menciptakan ‘foundation’ yang kukuh untuk pembelajaran yang efektif dalam memenuhi keperluan pendidikan masyarakat setempat.

Tahniah diucapkan kepada pengerusi majlis En Sukardi Mashuri dan kakitangan UPPM N.70 Kukusan atas pengajuran majlis ini. Terima kasih saya ucapkan kepada tetamu jemputan yang hadir atas kesudian menghadiri dan menjayakan majlis makan malam ini. Semoga ukhwah diantara pemimpin setempat dan warga para pendidik dapat melahirkan generasi yang berjaya.

Turut hadir Tuan Saripudin Nurhalim Ketua Pengawai Perhubungan Parlimen Kalabakan mewakili YB Datuk Andy Suryady Haji Bandy, En Beddu Dolla Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Tawau, En Noor Bin Kahal Timbalan Pengawai Pendidikan Sektor Pembelajaran Tawau, barisan Pengetua,Guru Besar dan YDA Pibg Sekitar Kukusan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.