Bersungkai Dan Tarawih Bersama Penduduk Taman King Fook

Alhamdulillah masih dapat mengisi ruang Ramadan untuk berbuka puasa di Masjid Saidina Umar Tmn King Fook bersama penduduk perumahan sekitar semalam.

Saya bersama Team Pejabat ADUN Kukusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak jawatankuasa masjid qari dan qariah yang menerima kehadiran kami untuk berbuka sekali.

Semasa saya bekerja di Univila 4 tahun lepas, surau ini menjadi tempat persinggahan saya menunaikan solat Zohor dan Asar hampir setiap hari sehingga dinaik taraf menjadi masjid semasa PKP.

Sungguh berbeza dan selesa sekali jika dibandingkan dahulu. Tahniah kepada pihak pengurusan Masjid Saidina Umar serta para dermawan yang memberikan sumbangan sehingga rumah Allah ini menjadi tempat yang kondusif untuk para muslimin dan muslimat berkumpul.

RJ
ADUN Kukusan
27 April 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.