Mengagihkan bakul makanan buat warga Kukusan

Assalamualaikum, salam hormat.

Terima kasih Wakil dan Sukarelawan yang membantu mengagihkan bakul makanan buat warga Kukusan. 1500 pek bakul makanan yang berjaya saya kumpul telah diagih-agihkan secara bersasar melibatkan warga Kukusan yang tinggal di kawasan Kukusan dan luar kawasan Kukusan.

Selain dari bakul makanan, terdapat juga permohonan yang memerlukan susu bayi dan pampers yang kami turut usaha bantu.Buat mereka di luar sana yang ada kelebihan dan ingin menyumbangkan bantuan bakul dan keperluan lain kepada mereka yg terjejas teruk, insyaAllah Team Sukarelawan Careline N.70 Kukusan bersedia menjadi pengantara untuk hantarkan. Saya juga memohon maaf kepada mereka yang sudah memohon bakul makanan dari Careline N.70 tetapi belum terima disebabkan bekalan bantuan saya yg sangat terhad.

Dugaan itu datang dari pelbagai sudut sisi, bersyukur dengan rezeki yang diberi biar sikit jangan pernah diperkecil dan ikhlaskan memberi semoga lebih diberkati.

Be safe, take care…

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.