Mengagihkan bakul bantuan makanan bersasar

Saya telah mewakilkan Kumpulan Wirawati serta Wira P191 Kalabakan bagi mengagihkan bakul bantuan makanan pada 17-18.10.2020. Bantuan ini adalah bersasarkan sekitar kawasan N.70 Kukusan dan telah diberikan kepada setiap wakil kampung.

-Kg Jawa Lanut (23)
-Kg Jawa (25)
-Kg Sentosa (20)
-Kg Sk Gabungan (Encik Sukardi) (23)
-Taman Pickyard (Encik Georgie Pan) (45)
-Kg Toraja (Cik Rohana) (56)
-Careline (22)
Jumlah : 214 UNIT

Serba sedikit “BAKUL MAKANAN” yang diterima dapat meringankan beban kepada golongan asnaf bersasar ini yang telah terjejas akibat wabak Covid-19 serta PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB).

Sekali lagi terima kasih kepada pihak NGO dan individu-individu yang turut serta menyumbang dalam sumbangan bakul makanan ini. Bantuan ini juga akan diteruskan secara berfasa.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.