Menyampaikan Sumbangan 100 Kit Makanan Bertenaga Untuk Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di Klinik Kesihatan Tawau

Assalamualaikum www dan salam sejahtera.

Hari ini Pejabat DUN N70 Kukusan menyampaikan sumbangan 100 kit makanan bertenaga untuk petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2, Jalan Chung Thien Vun.

Umum mengetahui beban kerja petugas barisan hadapan kian meningkat ketika ini. Ia boleh dilihat menerusi peningkatan kes COVID-19 khususnya di daerah ini sekali gus menyaksikan penambahan lokaliti PKPD.

Ia turut mengambil kira penambahan pemberian vaksin yang semakin banyak meliputi enam PPV dan MOVAK sekitar Tawau dan Kalabakan.

Sudah tentu ia menuntut banyak penggunaan tenaga serta ketahanan mental.

Justeru, empat petugas Pejabat DUN N70 Kukusan menghantar 100 kit makanan bertenaga kepada petugas KKM di Klinik Kesihatan Tawau yang diwakili Pegawai Pejabat Kesihatan dan Persekitaran Kawasan Tawau, Hj Rahman Sampe.

Sumbangan kecil ini sebagai tanda penghargaan daripada saya sebagai ADUN N70 Kukusan sekali gus mewakili penduduk Kukusan atas pengorbanan yang diberikan petugas KKM di sini.

Terima kasih.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.