Vaksin CanSino di Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam saya terbaca satu kenyataan media dari Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Darell Leiking yang juga MP Penampang mengenai status vaksin tinggal CanSino Untuk Sabah.

Sebagai wakil rakyat di kawasan mukim Kukusan, saya turut tertanya-tanya apa cerita dengan 200,000 dos vaksin CanSino yang dijanjikan Kerajaan Negeri dibawah GRS pada 12 Ogos lalu.

Sedikit kronologi

12 Ogos 2021

Ketua Menteri DS Hajiji Noor menjelaskan Sabah akan menerima 200,000 vaksin CanSino yang dilihat sesuai untuk rakyat di kawasan pedalaman.

Pada masa sama jaminan turut diberikan bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy menerusi pertemuan online berkenaan.

20 Ogos 2021

200,000 vaksin CanSino tiba di KLIA dari China untuk Malaysia.

20 Ogos 2021

Temu janji vaksin dos pertama pada 21-27 Ogos 2021 ditangguhkan dan walk-in juga tidak diadakan di empat PPV Tawau.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata, sebanyak 53,000 dos vaksin tunggal jenis CanSino tiba di Sabah, semalam.

Ia merupakan kumpulan pertama bagi bekalan vaksin dos tunggal yang akan dibekalkan secara berperingkat ke Sabah.

Diharapkan pengagihan itu berjalan lancar seperti dalam perancangan kerana rakyat Sabah tidak mahu apa yang berlaku di Selangor, berulang di Sabah kelak.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.