Merealisasikan permohonan warga Kukusan memerlukan katil hospital untuk adik beliau yang menghidap kanser tahap 4

Terima kasih sukarelawan-sukarelawan N70 Kukusan dan jiran-jiran sekitar yang membantu saya merealisasikan permohonan warga Kukusan yang memerlukan sebuah katil hospital di rumah untuk adik beliau yang menghidap kanser tahap 4.

Semoga pemilik katil hospital ini diberikan rahmat Allah dengan mendermakan kepada mereka yang perlu. Saya berharap agar lebih ramai hospis yang boleh membantu kerana terdapat mereka yang kurang berkemampuan untuk menjalani rawatan di rumah.

Saya juga berdoa semoga keluarga ini diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini dan adik Susi terus semangat untuk beroleh kesembuhan.

Aamiin ya robb.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.