Masalah Pengurusan Kutipan Sampah Sarap Di Kampung Sentosa Blok 5

27 Mei lalu, saya bersama team Pejabat ADUN N70 Kukusan menerima aduan penduduk mengenai masalah sampah sarap yang tidak dikutip hampir dua bulan sejak Ramadan lalu.

Aduan tersebut saya panjangkan kepada MPT untuk tindakan lanjut dan alhamdulillah ada kawasan yang sudah dibersihkan.

Bagaimanapun, longgokan sampah masih berlaku di dua kawasan lain berhampiran dengan masjid di situ.

Penduduk juga memaklumkan keperluan tong sampah besar (RORO) di beberapa lokasi di kampung berkenaan bagi memudahkan proses pembuangan dan kutipan sampah dilakukan kontraktor berkaitan.

Saya telah membawa perkara ini kepada perhatian Parti Harapan Rakyat Sabah untuk pertimbangan lanjut.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
14 Jun 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.