Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Tawau

JADUAL yang padat semalam, dimulakan dengan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Tawau.

Kehadiran ramai ibu bapa pada mesyuarat berkenaan bukti komitmen mereka terhadap kecemerlangan pendidikan anak-anak sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, saya turut mengumumkan sumbangan RM3,000 kepada tabung PIBG sekolah dalam usaha membantu melancarkan aktiviti khususnya membabitkan anak-anak yang mewakili sekolah, Negeri dan negara nanti.

Begitu juga dengan pembinaan tempat berwuduk di Surau An-Nur SMK Tawau yang sedang menunggu giliran pembinaan menerusi peruntukan ADUN tahun ini.

Selamat maju jaya semua.

RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
ADUN N70 Kukusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.