Persidangan Agung Wirawati Bahagian Kalabakan

27 Nov, Sabtu
10 pagi, Hotel Emas Tawau

Selesai sudah Persidangan Agung Wirawati Bahagian Kalabakan dengan dihadiri oleh 301 perwakilan wirawati melalui talian Zoom di Kalabakan, Felda Umas, Sebatik dan yang hadir di dalam dewan pada pagi ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan mesyuarat ini terutamanya jawatankuasa sayap dan Setiausaha Bahagian dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar.

Terdahulu, Persidangan Sayap Wanita, Wira dan Wirawati P191 Kalabakan telah dirasmikan oleh YB Mamun Sulaiman.

Turut hadir ialah Ketua Wanita dan Ketua Wirawati P190 Tawau dan rombongan sebagai pemerhati.

Sebagai ucapan alu-aluan saya telah menyeru kepada semua perwakilan wirawati agar menjadi ejen perpaduan menghubungkan bakal pengundi-pengundi muda serta sentiasa mencari ilmu mengenai hak perjuangan MA63 yang wajib kita ketahui sebagai anak Sabah.

Syabas kepada semua perwakilan dan jawatankuasa wirawati bahagian yang hadir. Salam Unity, salam perpaduan.

Rina Hj Jainal
Ketua Wirawati P191 Kalabakan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.