Program Gotong Royong Merdeka KRT Muhibbah BAL Tawau

Menerima jemputan untuk program gotong royong Merdeka KRT Muhibbah BAL,PPM Kawasan N.70 Kukusan Tuan Sukardi Mashuri hadir mewakili YB Rina Hj Jainal ADUN N.70 Kukusan.

Walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan dengan hujan turun sewaktu program sedang berlangsung, tidak melunturkan semangat warga KRT Kg.Muhibbah BAL untuk membersihkan kawasan agar kelihatan bersih dan ceria.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi KRT, Tuan Haji Fitri Rashid dan ahli jawatankuasanya yang bertungkus lumus dalam menjayakan program pada kali ini.
Turut hadir bersama pada program pagi ini ialah Pengerusi JKKK Kg.Muhibbah Raya,Tuan Haji Ardy Lamaliki,WKAN Tuan Nasarudin,Pemaju Mukim N.70 Kukusan,En.Khairul Fa’iz dan Pemaju Masyarakat N.70 Kukusan Puan Fitrayanti.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.