Salam Nuzul Al-Quran

Pagi ini saya berkesempatan memenuhi jemputan penganjur Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Masjid Sirathal Mustaqim dan Rukun Tetangga Kg Tg Batu Laut untuk menghadiri Majlis Khatam Quran peringkat Qariah Wanita masjid berkenaan di bawah bimbingan Ustazah Kamaria.

Sesungguhnya, saya akan sentiasa berusaha memberi sokongan kepada para ibu, khususnya wanita yang menganjurkan program ilmu tadarus kepada umum. Sebagai seorang suri atau bakal suri adalah perlu untuk wanita Islam sentiasa mendekatkan diri kepada Al-Quran dengan membaca dan menjadikannya amalan agar dapat menjadi contoh teladan seterusnya membentuk institusi keluarga yang cintakan wahyu Allah (SWT) diutuskan melalui Rasulullah (SAW) ini.

Tahniah juga kepada tadarus Masjid Babus Saadah Kg Muhibbahraya yang turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pagi tadi dengan jayanya. Saya telah mewakilkan UPPM N.70 Kukusan untuk hadir bersama-sama menyantuni.

Terima Kasih menjemput kami Team KUKUSAN menjadi sebahagian dari program ilmu Allah yang kalian anjurkan. Semoga amal ibadah kita di Bulan Ramadhan tahun 2023 ini mendapat berkah dunia akhirat.

#salam18Ramadhan

#wanitatunggakkeluargamadani

YBRJ

Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah

ADUN N70 KUKUSAN

Timb. Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.