


Pemergian beliau memang terasa buat warga Taman Univilla. Sebagai Pengerusi KRT, banyak beliau bantu gerakkan komuniti dan jaga kebajikan penduduk di peringkat akar umbi.
Saya sendiri sempat kirim salam kepada Allahyarham melalui staf UPPM N70 Kukusan ketika ziarah di wad hospital bulan lepas.
Kita kehilangan seorang yang rajin turun, mudah didekati, dan sentiasa ada untuk orang kampung. Jasa beliau kita ingat.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.