Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Tetamu Allah Dari Kukusan Bakal Berangkat 12 Mei Ini

Alhamdulillah, berkesempatan menyantuni seramai 28 jemaah haji dari N.70 Kukusan yang akan berangkat menunaikan ibadah haji tahun 2026.

Tahun ini ramai juga dalam kalangan barisan pendidik yang dipanggil menjadi tetamu Allah. Satu penghormatan besar dan pastinya menjadi doa seluruh masyarakat agar perjalanan ibadah dipermudahkan serta dikurniakan haji yang mabrur.

Saya mendoakan semua jemaah diberikan kesihatan, kekuatan dan kelancaran sepanjang berada di Tanah Suci. Jaga diri, jaga kesihatan, dan semoga setiap langkah dipenuhi keberkatan.

Dan saya juga ada satu permintaan kecil, titipkan doa buat kami di Kukusan. Doakan agar saya bersama seluruh teamRJ terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keikhlasan dalam menjalankan amanah menjaga rakyat.

Semoga semua jemaah pergi dengan selamat dan pulang juga dalam keadaan sihat serta membawa keberkatan untuk keluarga dan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.