






Pejabat ADUN N.70 Kukusan telah menyampaikan sumbangan kepada:
1. Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sabah (PATVS) – Sumbangan bagi penganjuran majlis minum petang bersama mantan guru vokasional Tawau.
2. Persatuan Penduduk Kg. Tanjung Batu Darat Kalabakan – Sumbangan bagi pelaksanaan kursus penghasilan kuih-muih tradisional khas untuk ibu tunggal.
3. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tanjung Batu Keramat – Sumbangan bagi pelaksanaan Seminar Kecemerlangan.
4. Persatuan Kebajikan Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia – Sumbangan bagi Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid.
5. Leomanismah Abd Latip – Sumbangan kewangan mangsa bencana alam.
6. Chong Ngi Lim – Sumbangan kewangan mangsa bencana alam.
7. Jariah binti Citong – Sumbangan kewangan mangsa bencana alam.
Saya sentiasa menyokong usaha-usaha yang memberi manfaat kepada masyarakat, sama ada dalam aspek kebajikan, pendidikan, keagamaan mahupun pembangunan komuniti.
Semoga sumbangan yang disalurkan dapat membantu menjayakan program-program yang dirancang serta memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk. Terima kasih kepada semua pihak yang terus berusaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Insya-Allah, kami akan terus komited menyokong inisiatif yang membawa kebaikan kepada rakyat dan komuniti di kawasan Kukusan.