Sumbangan 5 Unit Kerusi Di Hospital Tawau

SEPERTI yang pernah dikongsikan sebelum ini, saya menerima aduan mengenai kemudahan kerusi panjang di ruang menunggu sekitar Hospital Tawau yang sudah usang dan rosak.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian pesakit dan keluarga mereka terpaksa duduk dilantai sementara menunggu giliran menerima rawatan.

Atas dasar tanggungjawab sosial, saya menerusi Pejabat ADUN N70 Kukusan mengambil inisiatif menyumbangkan lima unit kerusi panjang untuk kepada pihak hospital bagi menggantikan kerusi yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Alhamdulillah proses penyerahan sumbangan berjalan lancar dan berjaya dilakukan pada Isnin lalu. Semoga sumbangan ini dapat membantu memberi keselesaan kepada orang ramai yang berada di Hospital Tawau.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.