Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Menjayakan Karnival My Kukusan Sejahtera 2022

Buat pertama kali pihak kami Pejabat ADUN N70 Kukusan dan Parti Harapan Rakyat Sabah menganjurkan karnival seumpama ini yang diharap dapat memberikan manfaat kepada penduduk warga Kukusan dan kampung sekitar amnya masyarakat Tawau.

Ini merupakan di antara usaha kami untuk mengangkat tapak terbuka Hill Top agar menjadi sebuah dataran yang mampu menjadi pusat aktiviti sosio ekonomi masyarakat Kukusan. Apatah lagi dengan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah jalan utama yang menghubungkan bandar Tawau dan Kalabakan.

Penghargaan kami kepada semua NGO, badan swasta dan agensi kerajaan iaitu JASKOM PERASA, PSM, Kelab Arm Wrestling, Jabatan Kebajikan, PEMADAM, AADK, Jabatan Penjara, LHDN, KWSP.

Serta kepada penaja HALO TALCO, MAXIM, SSF UNIFI, ADABI, Chiffonade, Mee Teppan Jln Utara, FAMILY FRESH MART dan kepada 30 peniaga kecil yang turut mengambil bahagian menjual makanan minuman dan barang-barang kering.

Terima kasih atas sokongan semua

InsyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki di masa akan datang.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.