Fun Ride 2.0 – Karnival My Kukusan Sejahtera

INGATKAH anda akan gelombang kuning Fun Ride MyKukusan Sejahtera tahun lalu? Lebih 150 basikal folding menyertai program tersebut.

Berikutan sambutan yang luar biasa dan permintaan hangat, kami sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan Fun Ride 2.0 sempena Karnival MyKukusan Sejahtera 2022 pada 18 September 2022 (Ahad).

Penganjuran kali ini bertemakan HARI MALAYSIA sempena penubuhan negara kita Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun.

Jarak perjalanan kali ini turut bertambah mengikuti jajaran persempadanan DUN Kukusan, namun, masih mengekalkan konsep ‘fun ride’.

Kali ini tiada baju kuning disediakan, kerana kami mahukan peserta menggunakan kreativiti sendiri dalam memilih pakaian dan perhiasan mengikut tema HARI MALAYSIA.

Sudah tentu hadiah misteri menanti anda.

Jangan lupa daftar penyertaan anda menerusi google form bagi membolehkan anda layak mendapat cabutan bertuah juga.

https://forms.gle/FRXtctcRWpbmCbNk7
https://forms.gle/FRXtctcRWpbmCbNk7
https://forms.gle/FRXtctcRWpbmCbNk7

MY KUKUSAN SEJAHTERA FUN RIDE 2.0 AKAN DIADAKAN PADA 18 SEPTEMBER INI, SILA ISI (GOOGLE FORM) DIBAWAH UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN. HANYA PENAMA YANG BERDAFTAR LAYAK MENGIKUTI CABUTAN BERTUAH. TERBUKA UNTUK SEMUA JENIS BASIKAL DAN PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. TERHAD UNTUK 300 PENYERTAAN SAHAJA.!!

https://forms.gle/FRXtctcRWpbmCbNk7

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.