Terima Kasih Sir Baljeet Singh

Saya mendapat perkongsian video seorang guru yang berasal dari Ipoh, Perak, tetapi mengajar dan berbakti di Tawau, Sabah selama 31 tahun.

Sir Baljeet Singh memang cukup terkenal bukan sahaja di SMK Tawau tetapi seluruh daerah ini dan banyak mendidik anak bangsa Tawau terutamanya subjek BM dan Sastera.

Beliau juga contoh guru bukan Melayu tetapi pakar dalam Sastera sehingga ramai pelajar yang sanggup menuntut ilmu termasuk mengambil tuisyen dengannya.

Apa pun, perkongsian ini sebagai tanda penghargaan daripada saya sebagai ADUN KUKUSAN kepada Sir Baljeet kerana sudah banyak membantu anak jati Tawau untuk berjaya dalam pelajaran.

Begitu juga dengan guru-guru lain yang sudah lama berkhidmat di Tawau. Terima kasih kerana mendidik anak bangsa kami di sini.

Selamat maju jaya Sir…..

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.