Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
-Usman Awang, 1979

16 Mei datang lagi. Tarikh istimewa yang cukup signifikasi dengan Hari Guru.

Kerjaya seorang guru ini cukup istimewa. Selain ibu bapa dan rakan sebaya, guru juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan anak-anak kita.

Biarpun orang melihat mungkin kerjaya guru ini mudah, cuti panjang sehingga dua bulan, hakikatnya itu hanya luaran yang orang luar lihat.
Peranan guru ini sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang kita jangkakan. Lihat sahaja sepanjang pandemik dan perlaksanaan PdPR sejak 2021, ramai ibu bapa yang stress menjadi ‘guru’ kepada anak-anak sendiri.

Bayangkan anda di tempat guru di sekolah, mengajar ratusan malah ribuan anak-anak kita dengan perangai berbeza-beza.

Guru bukan sahaja mengajar tulis baca, tetapi juga berfungsi dalam proses perkembangan minda dan sahsiah anak bangsa.

Mereka antara ‘role model’ yang sering menjadi inspirasi kepada anak murid untuk berjaya dalam hidup.

Selamat Hari Guru buat guru-guru saya di SMK Kuhara 1994-1998 dan SK Tanjung Batu 1988-1993

Selamat Hari Guru buat semua.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
16 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.