Warisan Terus Bantu Mangsa Kebakaran Di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Parti WARISAN TERUS komited dalam membantu lebih 500 keping papan plywood dan tilam diedarkan kepada sebahagian mangsa kebakaran di Kg Kurnia Jaya Bt 4 Tawau, hari ini.

Selain itu, kami turut berpeluang menghulurkan bantuan bakul makanan kepada lebih 150 keluarga yang tercicir daripada menerima bantuan sebelum ini.

Alhamdulillah, urusan pemberian dipermudahkan. Kami sedar, bantuan ini mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah mereka sekali gus, namun, sekurang-kurangnya diharapkan dapat meringankan beban mereka.

Terima kasih kepada WARISAN Tawau dan Kalabakan yang berganding bahu membantu melancarkan program hari ini.

ADUN N70 KUKUSAN
30 Mac 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.