Ucapan Presiden Parti Warisan Sabah Pada Hari Pertama Persidangan

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Semalam bermulanya persidangan Parlimen di Dewan Rakyat.

Ada banyak perkara yang menarik perhatian untuk dibincangkan, namun fokus saya kepada ucapan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal pada hari pertama persidangan.

Antaranya, beliau menyentuh mengenai keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Namun begitu, menurut beliau, tindakan kerajaan itu dilihat gagal selepas kes positif COVID-19 terus meningkat malah mencecah lebih 1 juta kes terkumpul selepas jumlah kes harian mencecah lima angka sejak minggu lalu.

Rakyat mungkin bersetuju akan hakikat kegagalan kerajaan hari ini. Pengistiharan darurat, PKP, PKPD ternyata gagal membendung penularan COVID-19.

Malah ia dilihat menguntungkan sesetengah pihak yang dilihat sengaja mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Bayangkan kes positif meningkat di kawasan kilang di Lembah Klang, tapi kilang tetap beroperasi, malah cadangan swab test setiap dua minggu sekali diutarakan oleh pihak berkaitan.

Persoalannya, berapa banyak pula kos perbelanjaan untuk penyediaan swab test berkenaan? Berapa ramai pula kakitangan KKM yang kena turun ke kilang-kilang untuk melakukan tugas tersebut? Walhal, kita semua sedia maklum bahawa kakitangan KKM sendiri tidak mencukupi ketika ini, kurang rehat, tekanan, dan sebagainya.

Di Kalabakan sendiri, saya turut menerima aduan bahawa terdapat kawasan yang tidak terdapat banyak kes, dan kes hanya membabitkan satu rumah sahaja, tetapi satu kawasan telah ditutup. Mana relevannya tindakan tersebut?

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.