Ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan kepada warga Kukusan

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sangat berdukacita dengan pemergian dua insan yang memberi kesan kepada anak-anak, keluarga dan teman-teman rapat yang ditinggalkan.

Hari Sabtu lalu saya mewakilkan team sukarelawan saya menziarahi adik-beradik yatim di Jln Besi Buruk yang pernah kami lawati sewaktu dalam jelajah sumbangan beg sekolah awal tahun ini di kawasan parlimen Kalabakan. Dan kini menjadi yatim piatu apabila ayah yang dikasihi meninggalkan mereka pula.

Semalam saya mendapat perkhabaran antara orang lama yang menetap di Jln Banyan, iaitu seorang makcik yang turut memberi sokongan dalam ceramah kempen saya telah meninggal dunia akibat strok. Arwah berusia 72 tahun meninggalkan anak-anak dan jiran-jiran rapat di lorong Hj Safie, Banyan.

Ya Allah, ampunilah dosa mereka, berilah rahmat Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah mereka.

ALLAHYARHAM MUHAMMAD NASIR BIN MARRANALLAHYARHAMAH KASUM BINTI SAIDIN

Semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada dan mereka yang disayangi Allah SWT. Aamiin aamiin Ya Robbal Alaamiin.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.