1381 SPM Kit Buat Pelajar SPM 2023

SEAWAL 8 pagi tadi, kakitangan Pejabat ADUN N70 Kukusan bersama UPPM N.70 Kukusan telah menyerahkan 1381 spm kit kepada 1381 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 30 Januari 2024 ini.

Program ini adalah program tahunan yang saya jalankan bagi memberikan suntikan semangat kepada calon-calon SPM yang merupakan bakal peneraju masa hadapan negara.

Saya juga sempat memberikan kata-kata motivasi kepada pelajar, agar dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih teliti serta tidak lupa juga sentiasa memohon restu dan doa daripada ibubapa dan guru.

Saya doakan 1381 calon pelajar SPM dapat mengharumkan nama sekolah sekaligus membawa ranking yang baik untuk negeri Sabah Maju Jaya.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.