Selamat Kembali Ke Sekolah Buat Pelajar Seluruh Sabah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat kembali ke sekolah buat lebih 500,000 pelajar di seluruh Negeri Sabah.

Begitu juga dengan lebih 42,000 orang guru yang juga turut hadir mengajar pelajar secara bersemuka.

Apa pun, saya menasihatkan agar patuhi SOP, sentiasa amalkan penjarakan dan kurangkan bersentuhan dengan rakan di kelas.

Ibu bapa dan penjaga juga diminta untuk memantau tahap kesihatan anak-anak terutamanya sebelum hadir ke kelas.

Semoga pendidikan anak-anak kita terus berjalan lancar.

Dedikasi istimewa juga untuk anak-anak di Sekolah Alternatif dan Borneo Komrad yang khabarnya turut memulakan sesi persekolahan hari ini.

Selamat maju jaya.Belajar rajin-rajin semua

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.