
Perginya seorang wanita hebat yang menjadi contoh dan inspirasi kepada ramai wanita di Malaysia.
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali antara perintis wanita Melayu dalam bidang perubatan. Pada tahun 1947, beliau melangkah ke King Edward VII College of Medicine, Singapura sebagai satu-satunya pelajar perempuan Melayu dalam kumpulannya, sebelum berjaya bergelar doktor pada tahun 1955.
Dalam khidmatnya, beliau mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak pada 1965, dan wanita pertama menjadi Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri pada 1974.
Bagi kami para wanita, perjalanan hidup dan khidmat Tun Dr Siti Hasmah menjadi teladan bahawa ilmu, kepimpinan dan hati yang ikhlas mampu meninggalkan kesan yang panjang kepada generasi seterusnya.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga segala jasa dan bakti beliau menjadi amal yang terus dikenang, dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.