

Ada rumah yang perlukan lebih daripada sekadar dibaiki. Ada hati yang perlukan rasa ditemani.
Baru-baru ini saya singgah ke rumah Mak Cik Sumiati di Kg Sri Menanti untuk menyampaikan bantuan bahan binaan asas bagi membaiki rumah beliau yang sudah uzur.
Mak Cik tinggal seorang diri. Bila duduk berbual, saya lebih banyak mendengar daripada bercakap. Kadang-kadang, orang yang hidup sendiri bukan hanya perlukan bantuan untuk rumahnya, tapi juga rasa bahawa masih ada yang mengambil berat.
Insya-Allah, semoga bantuan kecil ini dapat memberi sedikit keselesaan buat Mak Cik Sumiati dan menjadi permulaan kepada keadaan yang lebih baik.
Doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau.