Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Program Khatan Perdana Peringkat DUN Kukusan

SERAMAI 101 peserta sekitar mukim Kukusan, Mukim Sentosa, Mukim Padang Terbang dan Mukim Muhibbah Raya yang terlibat dalam Program Khatan Perdana,pagi tadi.

Khatan bukan sahaja satu amalan tradisi, tetapi juga sunnah yang membawa pengertian mendalam dalam agama Islam. Ia adalah titik awal dalam perjalanan anak-anak kita menuju kedewasaan, simbolik kepada kebersihan, kesucian, dan tanggungjawab.

Saya juga menekan bahawa majlis seperti ini bukan sahaja bertujuan melaksanakan tanggungjawab keagamaan, tetapi juga mencerminkan betapa pentingnya kerjasama dan perpaduan komuniti kita.

Terima kasih saya ucapkan kepada Masjid Baiturrahman Bal , Bomba Komuniti Titingan Pejabat Kesihatan Daerah Tawau , Ketua Kampung Kukusan, JKKK Kukusan, Pengerusi Masjid-masjid Kukusan dan KRT Kukusan atas kerjasama dalam menjayakan program khatan ini.

Saya juga turut memberikan kit khatan berupa coklat, kain sarung dan kit panduan solat bagi rujukan untuk mengisi masa lapang anak-anak di musim cuti persekolahan ini.

Saya doakan anak-anak yang menjalani khatan ini diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh, berjaya, dan berbakti kepada ibu bapa serta masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.