Kenyataan Media Program Korban Perdana Kukusan 2022

Tarikh 11 Julai 2022

Lokasi Kawasan Terbuka berhadapan Pejabat ADUN N70 Kukusan.

Buat julung kalinya, Pejabat ADUN N70 Kukusan dan Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) menganjurkan Program Korban Perdana Kukusan 2022 di kawasan tapak terbuka, Jalan Utara Baru (berhadapan Pejabat DUN N70 Kukusan), hari ini.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu, berjaya mengumpulkan kira-kira 200 AJK dan sukarelawan untuk membantu melicinkan proses penyembelihan sehingga ke proses agihan kepada orang ramai.

Pihak penganjur menerima sumbangan sebanyak 5 ekor lembu daripada anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah iaitu Sawit Kinabalu Group Sdn Bhd, manakala 5 ekor lembu lagi daripada Parti Harapan Rakyat Sabah menerusi Pejabat ADUN N70 Kukusan.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor merangkap Pengerusi Sawit Kinabalu serta Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Hj Jansie kerana turut membantu menjayakan program ini.

Dianggarkan, program ini membabitkan hampir 1,000 orang AJK, sukarelawan dan penerima secara keseluruhan.

Setiap ekor lembu berkenaan diberikan kepada pihak masjid, surau, NGO dan agensi kerajaan untuk melakukan proses penyembelihan, melapah, pembungkusan sehinggalah proses agihan kepada ahli kariah masjid atau anggota masing-masing.

Dalam hal ini, Pejabat ADUN N70 Kukusan meminta semua 7 masjid/surau dan empat agensi kerajaan serta NGO untuk menyediakan senarai penerima di kawasan masing-masing dalam usaha memastikan hanya golongan yang layak sahaja akan menerima agihan daging korban.

ADUN N70 Kukusan YB Rina Hj Jainal juga menegaskan penerima hendaklah terdiri daripada golongan asnaf sesuai dengan perlaksanaan ibadah korban mengikut Islam tanpa terhad kepada pegangan parti politik penduduk.

Menurut beliau, 7 masjid/surau yang terpilih adalah Masjid Nurul Taqwa, Masjid Al-Falah, Masjid Jabal Nur, Masjid Nurul Huda, Masjid Al-Ikhlas, Masjid Baitulrahman dan Masjid Al-Jiddan. Pemilihan masjid ini adalah berdasarkan kedudukannya yang terletak di kawasan Mukim Kukusan.
Manakala agensi kerajaan terlibat adalah Angkatan Pertahankan Awam Malaysia (APM), RELA, ATM, JHEAINS dan JKM serta Persatuan Pemilik/Pemandu Teksi Rumpun Melayu Tawau (PERSARUM).

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.