Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Puasa Arafah Bukan Sekadar Tahan Lapar, Hari Untuk Muhasabah

Sebagai wanita, sebagai pemimpin cara saya ‘pause’ adalah dengan berpuasa dan hari ini ialah puasa Arafah merupakan ‘pause’ yang paling bermakna.

Dalam kesibukan mengurus program, mendengar masalah komuniti, membuat keputusan siang malam, saya akan ambil masa untuk duduk sekejap, dan jernihkan hati dengan Allah.

Puasa Arafah bukan sekadar tahan lapar. Ia adalah hari untuk muhasabah, hari untuk bercakap dari hati ke hati,bukan dengan manusia, tapi dengan Tuhan.

Sabda Nabi SAW:

“Puasa pada hari Arafah, aku mengharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR Muslim)

Bayangkan, satu hari ini Allah beri peluang untuk kita ‘bersih’.Sebagai pemimpin, saya tahu saya bukan sempurna tetapi saya tahu saya tak akan pernah berhenti berharap.

Hari ini saya berpuasa bukan kerana saya kuat,

tapi kerana saya rindu untuk lebih dekat dengan-Nya dan saya doakan kita semua juga diberi kekuatan, dan keampunan.

Ada yang turut berpuasa hari ini? Komen “Amin” kerana kita juga mempunya niat yang sama ingin menjadi lebih baik dari semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.