Azan ‘Awal’ Di Tawau

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini, kita berjaya berpuasa di hari pertama Ramadan.

Namun, selang beberapa minit selepas habis berbuka puasa, saya menerima perkongsian ‘keluhan’ orang Tawau yang katanya terbuka puasa awal empat minit daripada waktu berbuka sebenar kerana mendengar azan awal di radio.

Saya harap, semua dapat bermuhasabah diri dan menganggap ini ujian daripada Allah untuk kita semua.

Mungkin ia juga ‘moment’ yang perlu dikenang kita sepanjang puasa kali ini.

Apa pun, penyampai radio telah memohon maaf, dan saya percaya perkara ini tidak disengajakan apatah lagi untuk dijadikan ‘prank’.

Ayuh semua, kita masih ada 29 hari lagi untuk berjuang dan meraih seberapa banyak gandaan pahala, dan memaafkan kesilapan orang juga pasti akan menerima ganjaran daripada-Nya.

InsyaAllah

RJ
ADUN N70 KUKUSAN
3 April 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.