Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Selamat Pengantin Baharu

Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

 Peluang Kedua

SAYA berkesempatan bersama dalam Program Ramah Mesra bersama YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bersama penghuni anjung Wanita Bangkit Bersasar YKN @ RPKK Sabah.

Program ini bikin sentuh hati setiap wanita yang hadir. Di sebalik jeriji besi, ada wanita-wanita yang pernah tersilap langkah, tapi masih mahu berubah.

Mereka belajar menjahit, buat roti, pastri dan kek bukan untuk suka-suka, tapi sebagai bekal cari rezeki bila keluar nanti.

Bila dengar cerita mereka, kita sedar bahawa setiap orang ada kisah hidup masing-masing.

Mereka bukan minta simpati, cuma minta peluang kedua. Dan bila diberi ilmu serta sokongan, mereka juga mampu bangkit, berdiri atas kaki sendiri.

Terima kasih YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri atas penganjuran program ini. Program begini memang dekat dengan rakyat, sentuh hati dan penuh makna. Moga usaha ini jadi sinar harapan buat semua wanita-wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.