Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Wanita Terus Diperkasa

10 Mac lalu saya menghadiri Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 di MITEC, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Turut bersama Datuk Hajah Nancy Shukri selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara perkara yang diumumkan:

• PRISMAnita – pusat sehenti rujukan dan sokongan kepada wanita.

• Skim Lindung Kasih – perlindungan sosial kepada suri rumah.

• Penyampaian Anugerah SHWA2026 kepada tokoh serta organisasi yang aktif memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Turut hadir YB Datuk Julita Majungki Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, bersama Datuk Maria Chong, Puan Hajah Haslina selaku Pengarah JHEWA Tawau serta rakan-rakan kepimpinan lain.

Di peringkat negeri, Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akan terus bergerak seiring dengan kerajaan Persekutuan supaya usaha memperkasa wanita benar-benar sampai ke akar umbi.

Sebagai Pembantu Menteri di kementerian ini, saya juga secara peribadi bergerak melalui NGO wanita yang saya tubuhkan iaitu Skuad Wanita Harapan Sabah (SWAH) yang aktif membantu kebajikan serta memperkasa wanita di peringkat komuniti di seluruh Sabah.

Bagi saya, usaha memperkasa wanita tidak cukup hanya di pentas program atau majlis.

Yang lebih penting ialah bagaimana kita turun ke lapangan, mendengar dan membantu wanita di komuniti.

Itulah yang terus kita usahakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.